Sabtu, 15 Julai 2017

Beza

Manusia. Ada yang perangainya suka menunjuk-nunjuk segala harta benda yang dia ada, dia peroleh melalui usaha sendiri. Ada yang suka menunjuk-nunjuk harta benda yang dia ada atau peroleh dari mak ayah dengan bangga. Ada jugak manusia yang jenis dia ada satu perasaan yang walaupun dia ada satu benda ni cukup bernilai tapi dia rasa tak dak apapun kalau tunjuk kat dunia. So baik dia simpan senyap-senyap. 

Kawan. Ada yang perangainya pantang dicabar mesti melawan. Tak kira siapa yang mencabar asalkan dia puas melawan. Ada yang dalam diam dia tak dak kesedaran yang dia telah mewarisi 'hati tisu' entah dari gen ibu atau ayah. Ada yang tahu dia hati tisu tapi dia tahan selagi hidup, selagi mampu telan, kalau tak larat telan dah dia luahkan kat sahabat. Ada yang hati dia kental, likat bak adunan telur dan tepung which is dia tak peduli apa orang cakap buruk pasal dia tapi dia tak cari pasal. Dan ada jugak yang jenis pendam segalanya namun dalam masa yang sama membenci manusia. 

Apa yang aku nak cakap is semua orang berbeza. Takdak yang sama. Ada? Tapi terlalu kecik nilai peratus samanya tu. Tolongla hormat semua manusia. Semua ada pendapat masing-masing. Macam mana hang hormat orang lebih tua, orang berpangkat tinggi atau orang yang pernah tolong hang macam tu jugak hang perlu hormat orang lain yang mungkin lebih muda, orang yang tak berpangkat apa-apa ataupun orang yang tak pernah tolong hang. Setiap orang ada life dia. Kita takkan tau, takkan faham apa benda yang seseorang tu dah lalui untuk sampai ke tahap dia yang sekarang. Jadi, dengan ego yang masing-masing ada, tolong hormati setiap manusia yang wujud. 😊

Tiada ulasan: