Wednesday, 8 April 2015

besar

Dulu waktu kecik-kecik, aku suka beli ais krim malaysia tu. Pastu coklat kembar macam choki-choki tapi versi seposen sebatang. Choki-choki bajet gitu.
Waktu pi kelas fardu ain, memang tak sah kalau tak singgah kedai makcik dekat kafa.
Boleh cakap setiap hari ada kafa, memang tak miss pi kedai sebab nak beli semua tu.

Tapi waktu tu kecik sangatlah angka umur aku. Sangat kerdil lagi. Baki duit sekolah la yang dibawak ke kelas fardu ain. Tapi kalau takda duit, memang aku mintak kat mak.

Tak pernah terdetik pun kan mak ada duit ka nak bagi? Tak pernah. Sebab aku memang tak pernah fikir pasal kehidupan, susahnya hidup, peritnya cari duit dan sayangnya parents ke anak-anak. So aku terus hidup dengan diri yang asyik meminta duit hingga ke alam sekolah menengah. Aku mintak duit, aku desak mak bagi duit.


sampai satu hari, mak cakap "takdak duit dah ni. gaji abah lambat lagi"

that moment, that time, that feeling..
start saat tu aku mula ada rasa malu, takut, risau nak mintak segalanya.

malu nak mintak mak belikan baju, kasut and etc.
takut kalau-kalau duit untuk isi rumah habis sebab tiap-tiap hari mak bagi duit sekolah.
risau kalau-kalau aku kena mintak duit lagi untuk benda sekolah.

sooooooooo aku ended up tak memintak sangat start haritu. maybe some of you can mintak whatever with a joy face. but not me.
so memang bermulanya dari haritu aku takdak keberanian nak mintak apa-apa dah. aku rasa miskin sangat. rasa terlalu tak berduit.
And aku still rasa macam tu sampai sekarang, even dah memang kewajipan depa nak sediakan semua tu untuk anak-anak, i dont think that way. aku cuma takmau susahkan depa. sampai kadang-kadang mak nak suruh abah belikan apa-apapun kat aku, aku takmau. aku rasa betapa pentingnya simpan ja duit tu daripada spend untuk aku.

Dari situ aku sedar, betapa susahnya nak bersabar, nak tahan diri daripada tak dengki kat orang lain which is kawan-kawan jugak yang hidup dengan permintaan yang hampir kesemuanya dipenuhi. Aku sedar jugak, bukan bermakna duit takdak and kita mati.
Aku belajar dan mula faham maksud 'ukur baju dibadan sendiri'. Aku belajar untuk kawal diri, nafsu nak beli macam-macam jenih benda yang bila difikirkan balik dengan teliti memang tak penting dan tak masuk akal pun kalau aku ada.

So aku tak pernah nak menyesal pun ada pengalaman ni. Aku lebih bersyukur sebenaqnya sebab Allah bukakkan mata ni bagi nampak susahnya nak survive kat dunia ni. 
Tapi kena ingat satu dua benda ja. Nak survive dalam kehidupan dunia saja memang senang which is hang boleh ja teruskan dengan kerja-kerja and collect duit gaji hang pastu enjoy. Ataupun hang boleh jugak mintak directly kat mak ayah hang yang kaya dengan harta. 
Tapi...

Macam mana dengan dunia kat sana? Hampa dah ready ka? Ready tak ready kalau dah DIA kata 'matilah hang' maka matilah hang. So penuhilah hari-hari anda bukan saja dengan harta dunia, tapi harta kat SANA jugak. Jangan lupa, rezeki kat mana-mana pun ada. Mesti ada yang rasa leceh ayat tu. Tapi betoi la weiiii rezeki is everywhere around you. Cuma whether hang usaha ataupun usaha betoi-betoi ja.